Rabu, 29 April 2009

JELLY-CEPLOK PIRING

KAJIAN DARI

Daun serbaguna CEPLOK PIRING(gardenia augusta)
Bunga Cina / Melur Cina

Nama Saintifik:
Gardenia Augusta
Famili:
Rubiaceae
Nama Biasa:
Bunga Cina / Melur Cina
Nama lain:
Kacapiring, gardenia
Lokasi dijumpai:
Di halaman rumah, taman-taman bunga

Keterangan
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.

Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja.